Tuesday, July 14, 2009

Teringin gak nak terbitkan

Teringin gak saya nak terbitkan cerita-cerita seram ...tapi camner caranye ya...??kawan-kawan ade idea ke??boleh bagi cadangan?

Monday, June 29, 2009

Wednesday, June 24, 2009

HANTU TAK JEJAK BUMI


Aku masih ingat lagi tika itu aku berumur 17 tahun, seperti biasa rutin harian aku pabila terjaga pukul 5 pagi aku pasti akan berjogging keliling rumah ku di kampung. Al-maklumlah cuaca sejuk di kampung memaksa aku untuk berjogging bagi memanaskan tubuhku. Lepas berjogging dua atau tiga kali pusingan badan terasa panas emm..pasti rasa tak sejuk bila mandi.

Jadi pagi tu macam biasa aku berjogging TUNGGU AKAN BERSAMBUNG CERITA INI........

Thursday, February 12, 2009

HANTU API BERJURAI -jun 09


Di zaman moden ini pasti ramai yang tak mempercayai kisah seram yang pernah aku alami ni .Tapi walaubagaimana pun aku percaya wujudnya jin, setan ke hantu dan berbagai bagai nama lagi kerana dalam Quran pun ada menyebutkan "Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadat kepada ku"

Aku tak menyuruh anda semua percaya tapi apabila sesorang tu dah betul-betul mengalami ha..barulah mereka percaya.....

Aku masih ingat lagi tika tu aku baru berumur 5 tahun dan akak ku tika tu berumur 7 tahun. Almaklumlah kanak-kanak jadi kami amat gemar bermain-main. Al kisah datanglah sepasukan yang membawa pemainan kanak-kanak ke pekan kami ala.. orang dulu-dulu panggil "Fun-Fair" yang ada permainan "Merry Go Round", Buai Kincir Angin dan sebagainya.


Lebih kurang ginilah rupa juraian api tersebut dari jauh.



Aku dan kakak aku memilih untuk main Buai Kincir Angin. Jadi kami sangat seronok malamtu ..
Pada pusingan pertama kami dapat lihat suasana yang cantik dipekan yang di hiasi lampu-lampu neon yang berbagai rupa. Pusingan kedua pun sama tapi...masuk pusingan ke tiga..tiba-tiba aku dan kakak aku terlihat satu lembaga lelaki yang bergerak ke tepi hutan. Walaupun tidak berapa terang tapi kami dapat melihat lembaga tu dengan jelas sebab tak jauh dari kami....

Bila pusingan seterusnya kami lihat lagi lelaki tu tak bergerak tapi memandang kearah kami . Kamipun melihat aksi lembaga tu seterusnya....tapi alangkah terperanjatnya kami pabila lelakitu tiba-tiba berubah menjadi Api yang berjurai-jurai...aduh hampir menjerit kami dibuatnya kerana api itu berlegar-legar macam nak datang ke arah kami. Tapi alhamdullilah satelah lama berputar-putar ia tiba-tiba bergerak dengan lajunya kearah hutan..dan terus hilang....

Dalam hatiku pada tika itu apakah orangtu hantu...manusia, setan , jin...hatiku bertambah kecut.....takut...aku ingin cepat-cepat turun dan ingin segera menemui ibu kami yang tika itu berada di bawah.

Pabila kami turun dari permainan Buai Kincir angin tersebut kami cepat-cepat mengajak ibu kami pulang kerumah yang tak jauh dari situ dan menceritakan semua pada ibu apa yang telah kami alami sebentar tadi. Ibu kami kemudian memberitahu kami yang makhluktu adalah Hantu Api berjurai atau Manjangan u all pernah dengar tak?.

U all ada tak mengalami apa-apa kisah yang menyeramkan kalau ada marilah berkongsi bersama saya...sila lah beri komen anda pasal...hantu..



SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR

SOLAT JAMAK DAN QASAR

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-

"Sahaja aku musafir kerana Allah Taala".

Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar:
1)Makna Jamak ialah dihimpunkanm
2)Makna Qasar ialah dipendekkan

Solat Jamak terbahagi kepada dua:

1)Jamak Taqdim(awal).

2)Jamak Takkhir(akhir).

Solat Jamak Taqdim:

Solat Jamak Taqdim dilakukan dengan mengumpulkan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isyak pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama (solat awal).

Syarat-syarat Jamak Taqdim:

1. Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya mendirikan dahulu solat Zohor atau Maghrib yang dikira solat yang pertama, kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar atau Isya’ yang dikira solat kedua.

2. Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.

3. Hendaklah berturut-turut (mu'alat) antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.

4. Hendaklah berkekalan musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul-ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya apabila ia jadi mukim di antara dua solat itu.

Solat Jamak Takkhir:

Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah tamat waktunya itu dibawa ke solat yang kedua.

Syarat-syarat Jamak Takkhir:

  1. Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama (umpamanya berniat Jamak Takkhir untuk solat Zohor bersama solat Asar, sebelum tamat waktu Zohor). Jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.

  1. Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.

Solat Qasar

Adapun Solat Qasar yakni memendekkan solat dari 4 rakaat kepada 2 rakaat contohnya solat Zohor, Asar dan Isyak. Manakala solat yang tiga rakaat seperti Maghrib dan Subuh dua rakaat tidak boleh di Qasarkan(dipendekkan).

Solat yang boleh disatukan masa menunaikannya adalah Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak.

1) Jamak Takdim(dihimpunkan awal) dan diQasarkan (di pendekkan)

Melakukan sembahyang Asar dalam waktu zuhur itu dinamakan Jamak Takdim.

Yakni melakukan sembahyang Zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang Asar 2 rakaat.

i(a)Niat untuk sembahyang Zuhur (Jamak Takdim & diQasarkan) ialah:

أُصَلِِّىْ فَرْضَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْعَصْرُ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ

"Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat, qasar dan jamak dengan Asar, tunai kerana Allah Taala".

i(b)Niat untuk sembahyang Asar (Jamak Takdim & diQasarkan) ialah:

أُصَلِِّىْ فَرْضَ اْلعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَى الْظُهْرِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ

"Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat, qasar dan jamak pada waktu Zuhur, tunai kerana Allah Taala".


ii(a)Niat untuk sembahyang Maghrib (Jamak Takdim & diQasarkan) pula ialah:

أُصَلِّىْ فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْعِشَاءُ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ

"Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat, dijamak dengan Isyak, tunai kerana Allah Taala".

*Perhatian Sembahyang Maghrib tidak boleh di Qasarkan.

ii(b)Niat untuk sembahyang Ishak (Jamak Takdim & diQasarkan) pula ialah:

أُصَلّىِْ فَرْضَ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَى المْـَغْرِبِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ

"Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat, qasar dan jamak pada waktu Maghrib , tunai kerana Allah Taala".

2) Jamak Takhir(dihimpunkan kemudian) dan diQasarkan (dipendekkan)
Melakukan sembahyang Zuhur dalam waktu Asar itu di namakan Jamak Takhir .Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"

Lakukan sembahyang Asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang Zuhur 2 rakaat.

i(a)Niat untuk sembahyang Asar(Jamak Takhir & diQasarkan) pula ialah:

أُصَلِّىْ فَرْضَ الْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الظُّهْرُ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ

"Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat, qasar dan jamak dengan Zuhur, tunai kerana Allah Taala".

i(b)Niat untuk sembahyang Zuhur (Jamak Takhir & diQasarkan) pula ialah:

أُصَلِّىْ فَرْضَ الْظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَى الْعَصْرِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ

"Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat, qasar dan jamak pada waktu Asar, tunai kerana Allah Taala".

iia)Niat untuk sembahyang Isyak(Jamak Takhir & diQasarkan) pula ialah:

أُصَلِّىْ فَرْضَ الِْعشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ المْـَغْرِبُ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ

"Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat, qasar dan jamak dengan Maghrib , tunai kerana Allah Taala".

ii(b)Niat untuk sembahyang Maghribi (Jamak Takhir) ialah :

أُصَلِّىْ فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَى الْعِشَاءِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ

"Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat , dijamakkan dalam waktu Isyak, tunai kerana Allah Taala".

Syarat-syarat solat jamak dan qasar

  1. Tujuan ia musafir bukannya untuk tujuan maksiat.
  2. Perjalanannya hendaklah melebihi dua marhalah(91 kilometer).
  3. Solat yang diqasarkan itu hanya bagi solat Zohor, Asar, dan Isyak sahaja, dan dilaksanakan secara tunai. Tidak dibolehkan qasar solat qada bagi solat yang ditinggalkan semasa musafir apabila telah tiba di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di masih dalam musafir.
  4. Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
  5. Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam (sempurna ).
  6. Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
  7. Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
  8. Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

SEMBAHYANG HAJAT

MEMOHON HAJAT PD ALLAH

Sebaik-baiknya hendaklah buat solat sunat Taubat 2 rakaat.

SOLAT SUNAT TAUBAT

1) Niat

اُصَلّىِِْ سُنَّةَ الْتَوْبَةِ رَكْعَتَْينِ ِللهِ تَعَالَى.

Sahaja aku sembahyang sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

2)Rakaat Pertama

i) Al Fatihah

ii) Ayatul Kursi (1 kali)

iii) Qulhu Allah (1 kali)

3)Rakaat Kedua

i) Al Fatihah

ii) Ayatul Kursi (1 kali)

iii) Qulhu Allah (1 kali)

4)Dibaca dalam sujud akhir atau lepas bagi salam akhir

لاَ اِلَهَ اِلاَّاَنْتَ سُبْحَانَكَ اِنّيِ كُنْتُ مِنَ الظَّا لمِِيِْنَ

(Doa Nabi Yunus)

5)Selepas salam istighfar (3 kali)

اَسْتَغْفِرُ الله َالْعَظِيْمَ الَّذِيْ َلااِلَهَ اِلاَّ هُوَالْ حَىُّ اْلقَيُّوْمَ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ

6) Bacalah doa ini

Ya Allah ya tuhanku ampunkan dosa2ku dulu kini dan

akan datang. Ya Allah ya tuhankan aku bertaubat dari

segala dosa-dosa kecil dan besarku dan berazam tidak

akan melakukan dimasa-masa akan datang.(Kalau boleh

buatlah dgn penuh sesalan, sedih dan linangan air mata)

Kemudian barulah lakukan solah hajat seperti di bawah:

SOLAT SUNAT HAJAT

Sebaik2nya Solat Hajat di lakukan selepas 12 malam atau sepertiga malam (dlm pukul 3.00 pagi). Lagi bagus lepas solah Tahajjud.

1)Niat

اُصَلّىِِْ سُنَّةَ الْحَاجَةِ رَكْعَتَْينِ ِللهِ تَعَالَى.

Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala

2)Rakaat Pertama

i) Al Fatihah

ii) Ayatul Kursi (1 kali)

iii) Qulhu Allah (1 kali)

3)Rakaat Kedua

i) Al Fatihah

ii) Ayatul Kursi (1 kali)

iii) Qulhu Allah (1 kali)

· Kalau tak hafal Ayatul Kursi bolehlah baca

· Qulya (Rakaat pertama) – 11 kali

· Qulhu Allah (Rakaat Kedua) – 11 kali

3)Setelah memberi salam baca QulhuAllah 40 kali dalam sujud. Kalau tak larat bacalah dalam keadaan duduk masa baca tahiyat akhir.

4) Lepas tu MUNAJATLAH….

· Seeloknye istighfar 3 kali

· Puji nama Allah(contoh dgn nama Allah yg Maha Pemurah & Penyayang kau makbulkan permintaan aku ini …………………….)

Solat Hajat 12 rakaat

Seterusnya kalau nak lagi mustajab buatlah Solat Hajat 12 rakaat, setiap 2 rakaat beri salam.

· Dari Rakaat Pertama hingga Rakaat ke 12 baca

· Ayatul Kursi (1 kali)

· Qulhu Allah (1 kali)

Lepas bagi salam baca lah seperti dibawah:

1) Maha suci Allah yang memakai akan kemuliaan dan berfirman dengan dia.

2) Maha suci Allah yang bersifat dengan kebesaran dan kemurahan.

3) Maha suci Allah yang menghinggakan Bilangan tiap-tiap sesuatu dengan ilmuNya.

4) Maha suci Allah yang tiada sayugialah bertasbih, selain untukNya.

5) Maha suci Allah yang mempunyai nikmat dan kurnia.

6) Maha suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan

7) Maha suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kekuasaan

8) Aku memohon dengan Engkau-Ya Allah, dengan segala tempat kemuliaan dari ArashMu,dengan rahmat yg setingginya dari KitabMu,dgn NamaMu yg Maha Agung. KesungguhanMu yang Maha Tinggi dan kalimat-kalimatMu yg sempurna lagi dilengkapi, yang tidak melampaui oleh orang yg berbuat kebaikan dan yg berbuat kejahatan.

Ya Allah, anugerahkan Rahmat kpd Nabi Muhammad SAW dan kpd keluarganya. Dgn syafaat beliau, kurniakanlah hajat aku ini ya Allah (sebutkan hajat dlm hati dgn penuh harapan dari Allah).