SOLAT JAMAK DAN QASAR
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- 
"Sahaja aku musafir kerana Allah Taala".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.
Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar:
     1)Makna Jamak ialah dihimpunkanm 
     2)Makna Qasar ialah dipendekkan
Solat Jamak terbahagi kepada dua:
 1)Jamak Taqdim(awal).
 2)Jamak Takkhir(akhir).
Solat Jamak Taqdim:
  Solat Jamak Taqdim dilakukan dengan mengumpulkan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isyak pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama (solat awal).
Syarat-syarat Jamak Taqdim:
  1.     Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya mendirikan dahulu solat Zohor atau Maghrib yang dikira solat yang pertama, kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar atau Isya’ yang dikira solat kedua.
2.     Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
3.     Hendaklah berturut-turut (mu'alat) antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
4.     Hendaklah berkekalan musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul-ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya apabila ia jadi mukim di antara dua solat itu.
Solat Jamak Takkhir:
  Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah tamat waktunya itu dibawa ke solat yang kedua.
Syarat-syarat Jamak Takkhir:
  - Hendaklah      berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama (umpamanya      berniat Jamak Takkhir untuk solat Zohor bersama solat Asar, sebelum tamat      waktu Zohor). Jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram      mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’      pada waktu yang kedua.
 
- Hendaklah      berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan      sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya      yang pertama itu jadi solat qada’.
 
Solat Qasar
Adapun Solat Qasar yakni memendekkan solat dari 4 rakaat kepada 2 rakaat contohnya solat Zohor, Asar dan Isyak. Manakala solat yang tiga rakaat seperti Maghrib dan Subuh dua rakaat tidak boleh di Qasarkan(dipendekkan). 
Solat yang boleh disatukan masa menunaikannya adalah Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak. 
1) Jamak Takdim(dihimpunkan awal) dan diQasarkan (di pendekkan)
Melakukan sembahyang Asar dalam waktu zuhur itu      dinamakan Jamak Takdim.
Yakni melakukan sembahyang Zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang Asar 2 rakaat.
i(a)Niat untuk sembahyang Zuhur (Jamak Takdim & diQasarkan) ialah: 
أُصَلِِّىْ فَرْضَ  الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْعَصْرُ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ
"Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat, qasar dan jamak dengan Asar, tunai  kerana Allah Taala".
i(b)Niat untuk sembahyang Asar (Jamak Takdim & diQasarkan) ialah: 
أُصَلِِّىْ فَرْضَ  اْلعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَى الْظُهْرِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ
"Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat, qasar dan jamak pada waktu  Zuhur, tunai  kerana Allah Taala".
 
ii(a)Niat untuk sembahyang Maghrib (Jamak Takdim & diQasarkan) pula ialah: 
أُصَلِّىْ فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الْعِشَاءُ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ
"Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat, dijamak dengan Isyak, tunai  kerana Allah Taala".
*Perhatian Sembahyang Maghrib tidak boleh di Qasarkan.
ii(b)Niat untuk sembahyang Ishak (Jamak Takdim & diQasarkan) pula ialah: 
أُصَلّىِْ فَرْضَ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَى المْـَغْرِبِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ
"Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat, qasar dan jamak pada  waktu Maghrib , tunai  kerana Allah Taala".
2) Jamak Takhir(dihimpunkan kemudian) dan diQasarkan (dipendekkan)
Melakukan sembahyang Zuhur dalam waktu Asar itu di namakan Jamak Takhir .Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang Asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang Zuhur 2 rakaat.
i(a)Niat untuk sembahyang Asar(Jamak Takhir & diQasarkan) pula ialah: 
أُصَلِّىْ فَرْضَ الْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الظُّهْرُ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ
"Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat, qasar dan jamak dengan  Zuhur, tunai  kerana Allah Taala".
i(b)Niat untuk sembahyang Zuhur (Jamak Takhir & diQasarkan) pula ialah: 
أُصَلِّىْ فَرْضَ الْظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَى الْعَصْرِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ
"Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat, qasar dan jamak pada waktu  Asar, tunai  kerana Allah Taala".
iia)Niat untuk sembahyang Isyak(Jamak Takhir & diQasarkan) pula ialah: 
أُصَلِّىْ فَرْضَ الِْعشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ المْـَغْرِبُ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ
"Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat, qasar dan jamak dengan Maghrib , tunai  kerana Allah Taala".
ii(b)Niat untuk sembahyang Maghribi (Jamak Takhir)  ialah :
أُصَلِّىْ فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَى الْعِشَاءِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالىَ
"Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat , dijamakkan dalam waktu Isyak, tunai kerana Allah Taala".
Syarat-syarat solat jamak dan qasar
  - Tujuan      ia musafir      bukannya untuk tujuan maksiat.
 - Perjalanannya      hendaklah melebihi dua marhalah(91 kilometer).
 - Solat      yang diqasarkan itu hanya bagi solat Zohor, Asar, dan Isyak sahaja, dan      dilaksanakan secara tunai. Tidak dibolehkan qasar solat      qada bagi solat yang ditinggalkan semasa musafir apabila telah tiba di      dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan      apabila diqadakan di masih dalam musafir.
 - Hendaklah      diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
 - Tidak      boleh berimamkan orang yang bersolat tamam (sempurna ).
 - Hendaklah      tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu      tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
 - Berkekalan      perjalanannya sehingga sempurna solat.
 - Ia      tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
 

No comments:
Post a Comment